Contoh Makalah Myanmar (Sejarah, Kelompok Etnis, Sampai Hubungan bilateral Dengan Indonesia)

Tags

MAKALAH SEJARAH MYANMAR

Disusun untuk memenuhi salah satu syarat dalam mata kuliah Sejarah Asia Tenggara
yang diampu oleh Drs.Awet S.W,M.Pd


Contoh Makalah Myanmar


Di Susun Oleh Kelompok 7:

HENDRI SETIAWAN (13220005)
WAYAN LENNI (13220033)
SATRIA (13220013)



Program Study :Pendidikan Sejarah
Semester : Dua (2) 


UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH METRO
FALKUTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN
2014



KATA PENGANTAR



Puji syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT. Hanya dia yang dapat memberikan kekuatan bagi hambanya untuk menyelesaikan segala hal. Tiada kekuatan yang lebih dari kekuatan-Nya sehingga penyusunan dapat menyelesaikan makalah Sejarah Asia Tenggara yang berjudul Sejarah Myanmar.

Salawat dan salam semoga selalu tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW yang telah membawa kita dari alam kegelapan menuju alam terang benderang seperti yang kita rasakan saat ini dan semoga kita selalu mendapat syafaat dari beliau kelak di hari akhir.

Penyusunan mengucapkan terima kasih kepada bapak Drs.Awet S.W,M.Pd. selaku dosen mata kuliah Sejarah Asia Tenggara yang telah memberikan bimbingan dan pengetahuan kepada penyusun sehingga tugas ini dapat terselesaikan sesuai dengan harapan.

Penyusunan menyadari bahwa masih banyak kekurangan tentang bahasa makalah ini, maka dari itu kritik dan saran yang membangun demi kesempurnaan makalah ini sangat kami harapkan atas kritik dan sarannya kami ucapkan terima kasih. Namun demikianlah makalah ini agar dapat bermanfaat bagi kita semua.

Metro, ...................


Penyusun



DAFTAR ISI


HALAMAN MAKALAH
KATA PENGANTAR
DAFTAR ISI

BAB I PENDAHULUAN

A. Latar Belakang
B. Rumusan Masalah
C. Tujuan Penulisan Makalah 
D. Sistematika Makalah

BAB II PEMBAHASAN

a. Sejarah Singkat Myanmar
b. Kelompok Etnis di Myanmar
c. Masa koloni Pada Negara Myanmar 
d. Myanmar Selepas Perang Dunia Dua
e. Kemerdekaan pada Negara Myanmar
f. Myanmar Pada Saat Ini
g. Hubungan Bilateral Indonesia Dengan Myanmar 

BAB III KESIMPULAN
DAFTAR PUSTAKA


BAB I
PENDAHULUAN


A. Latar Belakang Masalah


Ilmu Pengetahuan Sosial adalah ilmu yang mempelajari tentang berbagai kehidupan social yang mencangkup kondisi sejarah, kebumian, keadaan perekonomian, dan perkembangan kondisi penduduk serta lainnya.

Pembahasan yang menitik beratkan pada perkembangan sejarah, rotasi kebumian, keadaan perkembangan penduduk melatarbelakangi kami untuk mencari tahu, mendalami dan belajar menggali informasi mengenai Negara Myanmar.

Kondisi–kondisi yang kami temukan, berusaha kami sajikan dalam pembahasan sehingga dapat digunakan dan dimanfaatkan pembaca sebaik mungkin.


B. Rumusan Masalah
1) Sejarah singkat Myanmar
2) Kelompok etnis di Myanmar
3) Masa koloni pada Negara Myanmar
4) Myanmar selepas Perang Dunia dua
5) Kemerdekaan pada Negara Myanmar
6) Myanmar Pada Saat Ini
7) Hubungan bilateral Indonesia dengan Myanmar

C. Penulisan Makalah
Dalam makalah ini ada dua tujuan:
  1. Tujuan khususnya adalah untuk memenuhi tugas mata kuliah Sejarah Asia Tenggara dari Drs.Awet S.W,M.Pd.
  2. Tujuan Umumnya adalah mengetahui dan menambah wawasan mengenai keadaan dunia luar dan dapat mentransformasikan informasi yamg di dapat sehingga dapat di pergunakan sebaik mungkin.
D. Sistematika Makalah


Makalah ini mengenai tentang islam pada masa dinasti usmani di turki yang mencakup 4 bab dan tambahan kata pengantar, daftar isi, serta daftar pustaka. 

Bab I merupakan pendahuluan yang terdiri dari latar belakang, rumusan masalah, tujuan makalah, dan sistematika makalah ini.

Bab II pembahasan, dalam bab ini menjelaskan tentang sejarah singkat Myanmar, kelompok etnis di Myanmar, masa koloni pada Negara Myanmar, Myanmar selepas perang dunia dua, kemerdekaan pada Negara Myanmar, Myanmar pada saat ini, hubungan bilateral Indonesia dengan Myanmar.

Bab III yang berisikan tentang kesimpulan dan daftar isi.


BAB II

PEMBAHASAN

A. Sejarah Singkat Myanmar

Negara Myanmar (atau yang juga dikenal sebagai negara Birma / Burma) adalah salah satu negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km2 ini telah diperintah oleh pemerintahan militer sejak kudeta tahun 1988. Negara yang termasuk negara berkembang ini memiliki populasi sebanyak 50 juta jiwa. Ibu kota ini sebelumnya terletak di Yangon, namun dipindah ke Naypyidawpada tanggal 7 Nomvember 2005.

Pada tahun 849, orang Burma telah menemui bandar Bagan yang berada di tebing sungai Ayeyarwaddy sejauh 500 kilometer daripada hulu sungai. Bandar Bagan bakal menjadi negeri Burma yang kaya dengan informasi bersejarah walaupun negeri-negeri lain sudah wujud di lembah Ayeyarwaddy pada masa itu. Tetapi, tidak banyak informasi bersejarah boleh didapati untuk negeri-negeri ini. Sebelum orang Burma tiba, orang Mon yang berkait rapat dengan orang Kemboja sudahpun tiba dan sebelum orang Mon pula ialah kumpulan Tibeto-Burman yang bernama orang Pyu. Orang Pyu ialah kumpulan pertama yang menemui kawasan-kawasan di lembah dan delta Ayeyarwaddy tetapi telah diserang dan dijajahi orang Burma dari Bagan.Pada tahun 1044, Raja Anawratha menaiki takhta negeri Bagan. Pada tahun 1056, beliau telah memeluk agama Buddha selepas mendengar ajaran seorang sami orang Mon yang bernama Shin Arahan.

Pada tahun 1057, Raja Anawratha memulakan peperangan ke atas bandar Mon di Bago (Pegu) untuk merampas tulisan-tulisan suci agama Buddha (Tripitaka). Ini kerana pemerintah Mon, Raja Manuha, tidak mahu melepaskan tulisan-tulisan suci ini dengan sukarela. 

Akhirnya Raja Manuha telahpun mengaku kalah selepas bandar Bago telah dikepungi selama beberapa bulan. Bandar Bago kemudiannya dimusnahkan dan tulisan-tulisan suci tersebut dibawa pulang oleh 32 ekor gajah putih. Tentera Burma juga membawa pulang 30,000 orang tahanan dari Mon ke bandar Bagan. Di antara orang tahanan ini mempunyai ahli-ahli kraf dan seni yang telah memperkayakan dan menentukan kebudayaan orang Bagan. 

Pada masa itu, pagoda mula dibina mengikut reka bentuk orang Mon. Orang Burma juga mengikuti tulisan orang Mon. Raja Manuha, bekas raja Bandar Mon, telah dibawa ke pagoda utama Baga, Shwezigon, dan dijadikan hamba pagoda.

Selepas peperangan dengan orang Mon, Raja Anawratha berjaya menjajahi negeri orang Shan yang berada di bersebelahan kawasan utara Burma, dan yang bertentangan dengan negeri Arakan, arah barat Bagan. Raja Anawrata telah bertakhta selama 33 tahun apabila beliau dibunuh oleh seekor kerbau liar pada tahun 1077. 

Beliau digantikan oleh anak lelakinya, Raja Sawlu, yang berjaya memperluaskan lagi tanah jajahan Bagan. Selepas kematian Raja Sawlu pada tahun 1084, Raja Kyanzittha pula memerintah dan berjaya memperluaskan tanah jajahan ke arah selatan.Pada tahun 1287, sekumpulan besar tentera Mongolia di bawah arahan Kublai Khan telah memusnahkan Bagan secara kesuluruhan.

B. Kelompok Etnis di Myanmar

1) Bamar/Birma. 

Dua pertiga dari total warga Myanmar. Beragama Buddha, menghuni sebagian besar wilayah negara kecuali pedesaan.

2) Karen. 

Suku yang beragama Buddha, Kristen atau paduannya. Memperjuangkan otonomi selama 60 tahun. Menghuni pegunungan dekat perbatasan dengan Thailand.

3) Kayah. 

Etnis yang beragama Buddha yang berkerabat dengan etnis Thai.

4) Arakan. 

Juga disebut Rakhine, umumnya beragama Buddha dan tinggal di perbukitan di Myanmar barat.

5) Mon. 

Etnis yang beragama Buddha yang menghuni kawasan selatan dekat perbatasan Thailand.

6) Kachin. 

Kebanyakan beragama Kristen. Mereka juga tersebar di Cina dan India.

7) Chin. 

Kebanyakan beragama Kristen, menghuni dekat perbatasan India.

8) Rohingya.

Etnis yang beragama Islam yang tinggal di utara Rakhine, banyak yang telah mengungsi ke Bangladesh atau Thailand.

C. Masa Kolonial Pada Negara Myanmar

Pada tahun 1824, peperangan pertama Anglo-Burma telah berlaku. Ia pula ditamatkan secara aman pada tahun 1826 melalui kontrak Yandabo. Melalui kontrak itu, orang Burma telah menyerahkan Arakan dan wilayah selatan Tenasserim kepada orang Britisih.Pada tahun 1852, peperangan kedua Anglo-Burma berlaku selepas dua kapten orang British telah ditahan dan dilepaskan oleh orang Burma selepas menerima wang tebusan. 

Dengan mudahnya, orang British pula telah menjajahi Yangon dan Myanmar selatan. Pada tahun 1853, Mindon Min menaiki takhta dan menggantikan abangnya Bagan Min yang zalim. Di bawah pemerintahan beliau, sistem negeri Burma dipermodenkan dan beliau meninggal dunia pada tahun 1878. Sebelum itu, pada tahun 1858, beliau telah menukar tempat pentadbiran kerajaan Burma ke Mandalay yang juga merupakan kawasan yang didirikan oleh beliau.

Selepas kematian Mindon Min pada tahun 1878, Thibaw pula menjadi raja Burma yang baru. Semasa pemerintahan beliau, perhubungan dengan Empayar British semakin merosot.

Pada tahun 1886, satu konflik perdagangan telah memulakan konfrontasi di antara Empayar British dengan negeri Burma, iaitu kawasan-kawasan yang belum dijajahi oleh orang British. 

Tidak lama kemudian, semasa peperangan Anglo-Burma yang ketiga, orang British telah berjaya menjajahi Myanmar utara dan juga ibukotanya, Mandalay. Oleh itu, seluruh Myanmar telahpun jatuh ke bawah jajahan orang British. Beberapa dekad berikutnya, langkah-langkah raja-raja kolonial untuk memperbaiki infrastruktur telah menyebabkan ekonomi Myanmar melambung dengan tinggi. Pada tahun 1855 sehingga 1930, kawasan-kawasan delta Ayeyarwaddy yang telah digunakan untuk penanaman padi telah diperluaskan sehingga lebih kurang 4 juta hektar.

Pada tahun 1930, pemandangan yang anti orang India telah bermula di Yangon dan berikutnya, di bandar-bandar yang lain. Beberapa dekad yang lalu, raja-raja kolonial orang British yang memupuk kepercayaan “membahagi dan menakluk” telah membawa masuk ramai orang India yang dijadikan pegawai pentadbiran dan ini pula diikuti oleh kemasukan peneroka orang India yang lebih tinggi.

Di antara tahun 1930 dan 1942, orang nasionalis Burma telah mula memberontak untuk menamatkan jajahan kolonial dan kedaulatan Burma, terutamanya dalam Angkatan Belia AllBurma di bawah pimpinan Aung San dan U Nu.

Pada tahun 1935, orang British mula memberi sedikit kuasa autonomi kepada Myanmar. Selepas beberapa dekad sebagai tanah jajahan mahkota British, Myanmar akhirnya menjadi bekas tanah jajahan Empayar British yang mempunyai kuasa autonomi yang penuh pada tahun 1937. Justeru it, orang British telah membenarkan Myanmar mendirikan perlembagaan dan parlimen sendiri.

D. Myanmar Selepas Perang Dunia Dua 

Pada tahun 1952, angkatan tentera Jepun menjajahi Myanmar. Ia pada mulanya disokongi oleh sebuah kumpulan kecil orang nasionalis Burma, di antara ahlinya ialah Aung San dan rakan seperjuangan beliau, Ne Win. 

Sementara angkatan tentera Jepun menguasai kawasan-kawasan utama Burma, angkatan koloni orang British mengundur ke India tetapi hanya selepas mereka telah menghapuskan seluruh infrastruktur yang telah dibinakan sejak berdekad-dekad di bawah pemerintahan koloni. Strategi ini dipanggil bumi hangus.

Orang Jepun seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan Myanmar. Justeru itu, Aung San dilantik sebagai Menteri Pertahanan Burma dan Ne Win dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Burma yang pro-Jepun. 

Dalam tiga tahun Myanmar dijajahi oleh negara Jepun, tentera British menyambungkan serangan terhadap angkatan tentera Jepun dan pusat pentadbiran Burma dengan kegiatan-kegiatan gerila. Kedua-dua pihak mengalami kecederaan yang teruk.

Pada bulan Mac 1945, angkatan tentera Burma yang diketuai oleh Aung San bertukar pihak dan menyebelahi Angkatan Tentera Bersekutu pula apabila ia menjadi jelas kelihatan bahawa tentera Jepun akan kalah dalam peperangan tersebut. Beberapa bulan selanjutnya, angkatan tentera Burma juga menyokong penjajahan semula Myanmar oleh angkatan British.

Angkatan tentera Jepun telahpun menyerah diri pada bulan Ogos 1945. Pihak British mendirikan pusat pentadbiran kolonial sementara tetapi telah menerima bantahan yang hebat daripada pihak nasionalis Burma yang diketuai oleh Aung San. 

Pada bulan Januari 1947, satu persidangan oleh kerajaan Parti Buruh di bawah pemerintahan Perdana Menteri Atlee di London telah diadakan dan permintahan orang Burma untuk mencapai kemerdekaan telah diizinkan.

Pada bulan April 1947, pilihanraya parlimen telah diadakan dan Parti Kebebasan Rakyat Anti-Fasis kepunyaan Aung San memenangi 248 daripada 255 kerusi parlimen. Tetapi malangnya, Aung San dan kelima-lima penasihat rapat beliau telah mati dibunuh dibawa perintah bekas perdana menteri U Saw yang telah memerintah sebelum Perang Dunia Kedua.

E. Kemerdekaan Pada Negara Myanmar

Tarikh 4 Januari 1948 dan jam 4.20 pagi merupakan tarikh dan masa yang dicadangkan oleh ahli nujum untuk menaikan bendera negara Burma di Yangon dan pada masa inilah Burma mencapai kemerdekaan secara rasmi. U Nu, seorang tokoh yang memainkan peranan yang penting semasa pemberontakan belia pada tahun 1930-an telah dilantik sebagai perdana menteri yang pertama negara Burma. 

Tetapi, dalam beberapa bulan sahaja, keadaan di Myanmar menjadi semakin huru-hara. Pemberontakan dan pertentangan dari ahli komunis dan orang Islam separatis di Arakan muka berlaku.

Pada 5 Mei 1948, orang Karen telah mengisytiharkan kedaulatan wilayah mereka daripada Burma tetapi ianya tidak diiktirafkan oleh kerajaan Burma. Sejak itu, perang saudara mula berlaku di antara tentera-tentera orang Karen dan Burma. Hanya pada tahun 1951, kerajaan Burma di bawah pimpinan U Nu telah berjaya merampas balik kuasa melalui angkatan tenteranya.Pada tahun 1958, konflik dalaman yang berlaku dalam parti kerajaan menyebabkan perdana menteri U Nu untuk mengarahkan Panglima Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan, General Ne Win, untuk mendirikan kerajaan tentera sementara.

Sementara itu, pemberontakan dari orang Kachin dan Shan di Myanmar Utara mencapai puncaknya pada tahun 1961.Pada 2 Mac 1962, Ne Win bersama sekumpulan Jeneral merampas kuasa politik dalam satu kudeta. Beberapa orang ahli politik dan wakil-wakil etnik minoriti yang berada di Yangon pada ketika itu untuk menghadiri persidangan untuk menamatkan konflik etnik, telah ditahan. Semua institusi parlimen ditamatkan dan digantikan oleh Majlis Revolusi yang terdiri daripada 17 orang ahli.

Pada bulan April 1962, kerajaan junta menerbitkan satu perutusan bertajuk “Perjalanan Orang Burma ke Sosialisme” yang mengandungi unsur-unsur Marxisme dan agama Buddha dan digunakan sebagai falsafah negeri. Pada tahun 1972, Ne Win dan 20 orang pengikutnya dari tentera Burma meletakkan jawatan daripada angkatan tentera untuk mendirikan satu kerajaan awam.

Pada 3 Januari 1974, negara Myanmar dinamakan semula sebagai Republik Sosialis Kesatuan Burma dan sebuah perlembagaan baru dibentukkan. Parti Program Sosialis Burma yang dahulunya ditubuhkan oleh Ne Win telah dimasukkan sebagai parti politik yang satu-satu. 

Ketua parti, Ne Win, dilantik menjadi Ketua Majlis Negeri dan juga menjadi perdana menteri.Pada tahun 1976, percubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan belia gagal dan mengakibatkan perlaksanaan hukuman mati.

Pada tahun 1981, Ne Win meletakkan jawatan sebajai Ketua Negeri tetapi menyambungkan peranannya sebagai ketua Parti Program Sosialis Burma. Ini bermaksud Ne Win masih berpengaruh tetapi di latar belakang.

F. Myanmar Saat Ini

Pada bulan Mac 1988, pemberontakan besar dimulakan terhadap kerajaan Myanmar di Yangon akibat daripada ekonomi Myanmar yang semakin merosot dalam tahun-tahun yang lalu. Demonstrasi melanjut selama beberapa bulan.Walaupun kerajaan Myanmar telah mentoleransi demonstrasi selama beberapa bulan, pada 8 Ogos 1988, angkatan tentera mula menggunakan keganasan terhadap ahli demonstrasi dan mengakibatkan ramai orang yang hilang nyawa. 

Beberapa hari berikutnya, demonstrasi di bandar-bandar lain di Myanmar juga ditamatkan melalui kegunaan senjata. Pihak media antarabangsa menganggapkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 orang telah hilang nyawa dan 12,000 orang lagi tercedera parah.

Angkatan tentera Burma di bawah pimpinan Jeneral Saw Maung telah mengambil alih kuasa politik bada 18 September 1988 dan menubuhkan Undang-undang Negeri dan Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar sebagai kerajaan terbaru. Majlis ini menjanjikan pilihanraya bebas pada masa yang akan datang.

Pada bulan Julai 1989, salah satu daripada ahli pengasas parti pembangkang Liga Demokrasi Kebangsaan, Aung San Suu Kyi, telah diberi arahan tegas untuk tidak keluar dari rumahnya di Yangon.

Dalam pilihanraya umum yang dijalankan bada 27 Mei 1991, di mana kebanyakan pemerhati asing telah menganggap ia dijalankan dalam sifat yang adil, calon-calon parti pembangkang telah memperolehi 82% daripada 13 juta jumlah undi dan berjaya mendapat 392 daripada 485 kerusi parlimen.

G. Hubungan Bilateral Indonesia Dengan Myanmar

Hubungan bilateral Indonesia-Myanmar telah dibina sejak tahun 1945, ditandai dengan sikap saling mendukung dalam pencalonan di berbagai organisasi internasional. Selain itu dengan berpegang pada prinsip non-intervensi Indonesia juga terus mendukung proses rekonsiliasi nasional dan langkah menuju demokrasi, antara lain menyangkut penahanan Aung San Suu Kyi.

Di bidang ekonomi, perkembangan kedua negara ditandai dengan penandatanganan berbagai perjanjian kerjasama yang menguntungkan kedia belah pihak mengingat Myanmat memiliki potensi sumber daya alam dan penduduk yang besar, lokasi yang strategis. Hal ini membuka peluang bisnis yang besar di berbagai sektpor usaha dan industri. 


BAB III
KESIMPULAN

Republik Persatuan Myanmar (juga dikenal sebagai Birma, disebut "Burma" di dunia Barat) adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan militer sejak kudeta tahun 1988. Negara ini adalah negara berkembang dan memiliki populasi lebih dari 50 juta jiwa. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yang sebelum dipindahkan oleh pemerintahan junta militer ke Naypyidaw pada tanggal 7 November 2005.

Pada 1988, terjadi gelombang demonstrasi besar menentang pemerintahan junta militer. Gelombang demonstrasi ini berakhir dengan tindak kekerasan yang dilakukan tentara terhadap para demonstran. Lebih dari 3000 orang terbunuh.

Myanmar dibagi menjadi tujuh negara bagian (pyine) dan tujuh region, yang sebelum Oktober 2010 disebut "divisi" (yin). Dan Hubungan bilateral Indonesia - Myanmar telah dibina sejak tahun 1945, ditandai dengan sikap saling mendukung dalam pencalonan di berbagai organisasi internasional.



DAFTAR PUSTAKA
http://www.hoteldealsweekly.com/travelguides/id/sejarah-myanmar.html
wikipedia

Artikel Terkait

2 Comments

Makasih gan info nya. Jadi lebih tau dalam tentang seluk beluk myanmar

iya gan, kalo sekarang banyak org tau myanmar karna konflik rohingya yg berlarut2.
semoga lebih bermanfaat

Terimakasih Sudah Meluangkan Waktu Berkunjung Di Blog Ini 😁


EmoticonEmoticon